// Aimii Farzanaa //
My Third Entry : JANGANLAH BERHASAD DENGKI

Saturday, May 13, 2017 @ 10:10 PM | 0 Comment [s]





Assalamualaikum semua dan selamat petang . Harini rasa nak share tentang sifat hasad dengki . Baiklah, sifat hasad dengki merupakan sifat tercela dan sebenarnya menyakitkan dan menyeksa yang melakukannya sebelum ia menyakitkan orang lain 💔 . 


Maka sepatutnya seorang mukmin dan mukminah mestilah berhati-hati daripada sifat hasad dengki , dengan memohon keampunan dan pertolongan Allah .


Bagaimana nak menjauhi sifat hasad dengki ? 

Imam Mawlud menyarankan dua cara rawatan : 

👉 Apabila kita sedar kita mula mempertikaikan kejayaan dan ingin mencari kesalahan orang lain , kita pilih untuk cari kebaikan orang tersebut . Apabila mahu mengutuk ataupun mengata , kita segera memujinya . Lakukan sesuatu untuk orang yang kita dengki, seperti membelikan hadiah atau membantunya ketika susah .

Ini supaya kita dapat melemahkan perasaan dengki .


👉 Mengakui bahawa perasaan iri hati ini hanya memakan diri sendiri . Ia akan membahayakan, bukan kepada orang yang didengki tetapi diri sendiri .Kita akan menjadi obses dengan orang yang kita dengki , membuang masa dan tenaga mencari-cari kesalahan orang itu . Kita hanya akan membuat diri kita tidak tenteram .

Perasaan dengki tidak akan sekali-kali membawa kebaikan kepada diri sendiri . Maka, berhati-hatilah sekiranya perasaan ini muncul tiba-tiba dalam diri kita .


Kadang-kadang perasaan ini timbul kerana kita kurang keyakinan kepada diri sendiri . Cuba lihat ke dalam diri kita , diri kita ni semuanya mempunyai kelebihan masing-masing . Selami lah kelebihan diri kita , nescaya kita pasti akan temui kelebihan diri masing-masing 💕

Marilah kita betulkan niat, bersihkan hati dan nilai kembali perasaan cemburu, iri hati dan dengki dalam diri. Mari menjadi mukmin dan mukminah yang tenang dan bersyukur dengan apa yang ada ✨




INGATLAH Hasad Dengki MEMBAKAR Kebaikan :)




AimiiFarzanaa 💓




Thanks for reading, Inspirit

My Second Entry : REZEKI

Friday, May 12, 2017 @ 1:53 PM | 1 Comment [s]






       Assalamualaikum semua , salam nisfu shaaban 😄 . Rezeki bukan hanya dalam bentuk harta dan wang ringgit . Jika tiada rezeki wang ringgit dan harta , mungkin Allah berikan kita dengan rezeki kesihatan . Jadi kita akan sentiasa ceria , sihat malah lebih gembira dengan kehidupan kita sekarang dan tidak perlu risau untuk menjaga harta benda . 

       Orang dulu dulu permah berkata "Rezeki sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati Allah" . Biarlah sedikit asal cukup daripada banyak tetapi tidak mencukupi . Kadang kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta , sedangkan kita belum cukup berusaha . Berusaha dan berdoalah, pasti Allah akan membantu kita . 

       Ada juga antara kita yang selalu berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki tetapi kehidupan seharian dirasakan tiada perubahan malah makin rasa terhimpit. Namun begitu, kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah, kerana Allah pasti akan mengabulkan doa kita . Mungkin hanya masa yang menentukan , sama ada lambat atau cepat . Kadang kala Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita .

       Jika kita tak ada rezeki hari ni, mungkin kita ada rezeki yang lebih baik pada keeseokkan harinya. Bersabar, bersyukur , berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Allah yang maha adil lagi maha memberi .



Yakinlah, Rezeki ALLAH itu luas :)



AimiiFarzanaa💓


Thanks for reading, Inspirit


Older Post
The Princess


Assalamualaikum | Hello everybody | Aimi Farzana | 96 | Thanks for visited my blog and nice to know you | Do follow my blog | aimifarzana15@gmail.com | @aimii.farzanaa |



Blog Archive

  • My Third Entry : JANGANLAH BERHASAD DENGKI
  • My Second Entry : REZEKI
  • My First Entry : COME BACK


  • Talking Here !



    Tabung Masa Depan

    Le Credits

    Template by : Aina Syaza
    Basecode : Farisya
    Images : We♥it
    Full Edited : Aimie Mimot