My Third Entry : JANGANLAH BERHASAD DENGKI
Saturday, May 13, 2017 @ 10:10β―PM | 0 Comment [s] ![]()
Assalamualaikum semua dan selamat petang . Harini rasa nak share tentang sifat hasad dengki . Baiklah, sifat hasad dengki merupakan sifat tercela dan sebenarnya menyakitkan dan menyeksa yang melakukannya sebelum ia menyakitkan orang lain π .
Maka sepatutnya seorang mukmin dan mukminah mestilah berhati-hati daripada sifat hasad dengki , dengan memohon keampunan dan pertolongan Allah .
Bagaimana nak menjauhi sifat hasad dengki ?
Imam Mawlud menyarankan dua cara rawatan :
π Apabila kita sedar kita mula mempertikaikan kejayaan dan ingin mencari kesalahan orang lain , kita pilih untuk cari kebaikan orang tersebut . Apabila mahu mengutuk ataupun mengata , kita segera memujinya . Lakukan sesuatu untuk orang yang kita dengki, seperti membelikan hadiah atau membantunya ketika susah .
Ini supaya kita dapat melemahkan perasaan dengki .
π Mengakui bahawa perasaan iri hati ini hanya memakan diri sendiri . Ia akan membahayakan, bukan kepada orang yang didengki tetapi diri sendiri .Kita akan menjadi obses dengan orang yang kita dengki , membuang masa dan tenaga mencari-cari kesalahan orang itu . Kita hanya akan membuat diri kita tidak tenteram .
Perasaan dengki tidak akan sekali-kali membawa kebaikan kepada diri sendiri . Maka, berhati-hatilah sekiranya perasaan ini muncul tiba-tiba dalam diri kita .
Kadang-kadang perasaan ini timbul kerana kita kurang keyakinan kepada diri sendiri . Cuba lihat ke dalam diri kita , diri kita ni semuanya mempunyai kelebihan masing-masing . Selami lah kelebihan diri kita , nescaya kita pasti akan temui kelebihan diri masing-masing π
Marilah kita betulkan niat, bersihkan hati dan nilai kembali perasaan cemburu, iri hati dan dengki dalam diri. Mari menjadi mukmin dan mukminah yang tenang dan bersyukur dengan apa yang ada β¨
AimiiFarzanaa π
|
The Princess ![]() Blog Archive Talking Here ! Tabung Masa Depan Le Credits |